Friday 17 August 2012

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Sumber sebenar - Little Vanilla Kids
 
1.  Apa Maksud 'Penggunaan ICT dalam P&P'?
  • menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P.

2.  Apa Maksud ICT untuk Pembelajaran Penerokaan?
     Penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan apabila ICT digunakan sebagai medium untuk :
  • mencari dan mengakses maklumat daripada CD ROM, internet, portal maklumat dan lain-lain
  • mengalami, mempelajari, dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi
  • melihat demonsttrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid.
Dalam pembelajaran penerokaan, murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui  ICT. Ini berbeza dengan pembelajaran totorial di mana murid hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem.
3.  Apa Maksud ICT sebagai Alat Aplikasi?
     
    ICT dikatakan diguna sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan 
    pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat p&p. Contohnya penggunaan perisisan
    aplikasi umum seperti pemproses perkataan oleh murid dalam menghasilkan karangan atau penggunaan
    perisian hamparan elektonik untuk memplot graf. Perisian aplikasi khusus seperti editor grafik, Computer
    Aided Design (CAD) dan lain-lain juga termasuk dalam kategori alat aplikasi yang boleh digunakan untuk
    membantu murid melaksanakan aktiviti pembelajaran.
4.  Apa Maksud ICT sebagai Alat Pemudah Komunikasi?

   ICT dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila diguna untuk memboleh murid dan guru daripada
   lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk. Kemajuan ICT
   pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti berikut : 
  • teks
  • grafik
  • audio
  • video
  • kombinasi pelbagai mod