Sunday, July 27, 2008

CARTA LENCANA PENGAKAP KELANA


Monday, July 21, 2008

KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA

MATLAMAT BERPENGAKAP
Melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa.
MISI PENGAKAP MALAYSIA

Memberi sumbangan pendidikan tidak formal kepada generasi muda melalui sistem nilai berasaskan Persetiaan dan Undang-undang Pengakap, bagi membantu Membina dunia yang lebih baik, penduduknya boleh berdikari sebagai individu serta dapat memainkan peranan yang berguna untuk masyarakat dengan :

  • Penglibatan sepanjang tahun dalam proses pendidikan Tidak formal ;
  • Menjadikan setiap individu agen utama pembangunan diri ke arah berdikari, bertanggungjawab dan komited ;
  • Membina sistem nilai berasaskan prinsip-prinsip kerohanian, sosial dan peribadi seperti Yang ternyata dalam Persetiaan dan Undang-undang Pengakap .

Falsafah Persekutuan Pengakap Malaysia adalah untuk menyediakan skim latihan kepimpinan berasaskan kepada Prinsip dan Undang-undang Pengakap dengan bermatlamatkan berbuat baik dan mempertingkatkan semangat persaudaraan tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan bagi membentuk masyarakat yang seimbang dari segi intelek, kerohanian dan fizikal diatas landasan kepercayaan kepada Tuhan.

Pengakap juga berusaha untuk membentuk disiplin dan jati diri dengan menerapkan nilai-nilai kesopanan serta mewujudkan sifat bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan juga masyarakat di dalam diri setiap ahli bagi mencapai matlamat pergerakan pengakap membentuk warganegara yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Monday, July 7, 2008

APAKAH PENGAKAP KELANA ?

Pengakap Kelana ialah kumpulan Pengakap bahagian dewasa di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia, terbuka kepada belia yang berusia di antara umur 17 ½ tahun hingga 25 tahun.
Pengakap Kelana memberikan keseronokan, mewujudkan persahabatan dan menawarkan aktiviti yang menarik kepada semua belia yang menyertainya. Aktiviti-aktiviti Pengakap Kelana dijalankan bersama ahli-ahli yang mempunyai persefahaman dan aktif di dalam satu kumpulan yang dinamakan sebagai Krew Pengakap Kelana. Program Latihan Pengakap Kelana menawarkan aktiviti dan keseronokan di serata dunia daripada segi cabaran fizikal dan mental.
Ia juga memberi peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat luar serta menyediakan peluang untuk melancong di dalam Malaysia dan juga ke luar negara. Ahli-ahli Krew Pengakap Kelana akan diberi tugas untuk menguruskan Krew sendiri dan memastikan program Latihan Pengakap Kelana dilaksanakan. Menyertai Krew Pengakap Kelana adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup anda. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan.

Friday, January 25, 2008

INFO 1