Wednesday 16 November 2011

Ciri-Ciri Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran

Kanak-Kanak yang Mengalami Masalah Pembelajaran

Memanglah menjadi hasrat ibu bapa untuk melihat anak - anak mereka berjaya dalam pelajaran supaya dapat menjadi orang yang berkelayakan dan berjaya apabila dewasa kelak. Tetapi memang menjadi satu hakikat di mana kurang dari 5 peratus sahaja kanak - kanak yang didaftarkan di sekolah - sekolah biasa akan berjaya memasuki institusi - institusi pengajian tinggi. Ini menimbulkan perasaan persaingan di kalangan para penuntut.

Selain daripada kecacatan akal ada banyak lagi masalah yang boleh menyebabkan seseorang kanak - kanak itu tidak maju dalam pelajarannya disekolah walaupun minat untuk bersekolah tetap ada. Masalah - masalah ini boleh disenaraikan seperti berikut.
 
1 ) Masalah kekurangan pendengaran dan / atau penglihatan.
2 ) Perkembangan yang lambat.
3 ) Masalah bahasa dan pertuturan.
4 ) Kekekokan ( clumsiness ).
5 ) Kekurangan tumpuan perhatian terhadap pelajaran.
6 ) Masalah kelakuan.
7 ) Gangguan kesihatan jasmani.