Sunday 25 August 2013

Kategori Murid Pendidikan Khas - Slow Learner (Lembam)

Definisi:
Kanak - kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas / kurikulum / di sekolah biasa, terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah / objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah / rendah.

Ciri - ciri:
  1. Pencapaian pelajaran / akedemik berbeza.
  2. Pendiam / tidak aktif / tidak banyak cakap.
  3. Sukar menerima arahan.
  4. Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak - kanak biasa.
  5. Menyebut huruf-huruf yang tidak tepat/salah, bertukar-tukar.
  6. Meninggalkan huruf,sukukata @ perkataan ketika membaca dan menulis.
  7. Tulisan yang terlalu buruk/Sukar dibaca.
  8. Kekerapan kesalahan dalam ejaan, tanda bacaan.
  9. Tanpa ketetapan /Menaik dan menurun
  10. Huruf terbalik /Urutan dan arah yang salah
  11. Tanpa ketetapan dan ketentuan - jarak huruf dan perkataan.
  12. Saiz yang tidak seragam / Mencampuradukkan saiz - besar dan kecil.
  13. Idea yang tidak berkembangan dan penyusunan idea yang tidak teratur.
  14. Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat.



Punca:

  1. Baka
  2. Tersekat pengalaman
  3. Intelek yang rendah
  4. Masalah emosi
  5. Kekecewaan
  6. Rasa rendah diri
  7. Kematangan yang lambat
  8. Lemah daya ingatan Mudah terganggu tumpuan
  9. Kurang rangsangan
  10. Faktor-faktor kesihatan
  11. Persekitaran
  12. Amalan makanan
  13. Kesan semasa mengandung
  14. Penyakit semasa pembesaran selepas lahir
  15. Ubat semasa mengandung
  16. Kemalangan
  17. Sosio - ekonomi.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran:
  1. Temubual
  2. Merujuk kepada pegawai / pakar perubatan
  3. Mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai& menyeronokkan
  4. Senang ke susah
  5. Konkrit ke abstrak
  6. Melibatkan seberapa banyak pancaindera
  7. Banyakan pengukuhan dan latihtubi
  8. Jauhkan dendaan yang negatif 
Sumber asal: Teratak Istimewa

No comments:

Post a Comment