ICT merupakan
akronim atau singkatan daripada perkataan 'Information and
Communication Technology' yang bermaksud Teknologi Komuniksi Maklumat.
Teknologi Maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang
digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat.
Teknologi
Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan
teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Secara tepat dan
mudah penggunaan komputer dan perisian untu mengubah, menyimpan,
melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa
mengira tempat dan waktu.
Definisi
teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran,
penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan
teknologi. Teknologi maklumat tidak terhad kepada internet dan komputer
sahaja tetapi melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax,
telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada
penerima.
Definisi Maklumat
Menurut Paisley dan
Chen (1982) dipetik daripada Brown (1997) "Information can be defined
both structurally and functionally. Structurally it is a system encoding
a message so that it can be stored, retrieved, and manipulated and
functionally it is something that alters a person's cognitive
organisation". Oleh itu, maklumat boleh dikatakan sebagai sesuatu yang
memberi kesan kepada seseorang berfikir. Ia terkandung di dalam mesej
yang boleh disimpan, dicapai dan dimanipulasikan.
Definisi Komunikasi
Komunikasi pula dirujuk sebagai "The
interchange of information and again may be viewed in terms of the
structure of that structure of that interchange or its function in
affecting people's understanding and knowledge. Information and
communication are, therefore, inextricablylinked (Brown 1997). Daripada
definisi tersebut, komunikasi boleh dirumuskan sebagai proses penukaran
maklumat (interchanging information). Manakala teknologi komunikasi (CT)
pula terdiri daripada perkakasan telekomunikasi yang digunakan untuk
menyalur dan mengakses maklumat. Antara contoh perkakasan telekomunikasi
ialah fiber optik, satelit dan telegraf.
Perkataan
telekomunikasi ini pula berasal daripada perkataan greek 'tele' yang
bermaksud 'sangat jauh'. Ianya memerihalkan penghantaran maklumat dari
jarak jauh tanpa mengubah kandungan maklumat tersebut.
Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi maklumat dan teknologi
komunikasi. Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai teknologi yang
digunakan oleh individu untuk mengumpul data dan menganalisis data
menjadi maklumat berguna dan bermakna, serta untuk menghasilkan maklumat
dalam pelbagai bentuk teks, grafik, suara animasi dan maya.
Teknologi komunikasi
membolehkan individu atau kelompok individu bertukar data dan maklumat
dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan cepat dan dalam
masa yang sama (synchronous) melalui rangkaian setempat atau global.
No comments:
Post a Comment