Friday, 17 August 2012

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Sumber sebenar - Little Vanilla Kids
 
1.  Apa Maksud 'Penggunaan ICT dalam P&P'?
  • menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P.

2.  Apa Maksud ICT untuk Pembelajaran Penerokaan?
     Penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan apabila ICT digunakan sebagai medium untuk :
  • mencari dan mengakses maklumat daripada CD ROM, internet, portal maklumat dan lain-lain
  • mengalami, mempelajari, dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi
  • melihat demonsttrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid.
Dalam pembelajaran penerokaan, murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui  ICT. Ini berbeza dengan pembelajaran totorial di mana murid hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem.
3.  Apa Maksud ICT sebagai Alat Aplikasi?
     
    ICT dikatakan diguna sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan 
    pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat p&p. Contohnya penggunaan perisisan
    aplikasi umum seperti pemproses perkataan oleh murid dalam menghasilkan karangan atau penggunaan
    perisian hamparan elektonik untuk memplot graf. Perisian aplikasi khusus seperti editor grafik, Computer
    Aided Design (CAD) dan lain-lain juga termasuk dalam kategori alat aplikasi yang boleh digunakan untuk
    membantu murid melaksanakan aktiviti pembelajaran.
4.  Apa Maksud ICT sebagai Alat Pemudah Komunikasi?

   ICT dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila diguna untuk memboleh murid dan guru daripada
   lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk. Kemajuan ICT
   pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti berikut : 
  • teks
  • grafik
  • audio
  • video
  • kombinasi pelbagai mod

Monday, 2 July 2012

Aplikasi Pertama

Salam.

Setelah dipelajari serba sedikit cara penggunaan MIT App Inventor seperti yang dinyatakan sebelum ini, cikgu telah meletakkan target untuk membangunkan beberapa aplikasi ringkas seperti berikut:
  1. Mengenal ABC
  2. Mengenal 123
  3. Mengenal Alif Ba Ta

nota cikgu : Doakan moga hasrat cikgu tercapai dan moga aplikasi tersebut boleh cikgu kongsikan secara percuma dengan pembaca. InsyaAllah.

Friday, 22 June 2012

Apa itu ICT?

Sumber sebenar - Little Vanilla Kids


Definisi ICT

ICT merupakan akronim atau singkatan daripada perkataan 'Information and Communication Technology' yang bermaksud Teknologi Komuniksi Maklumat. Teknologi Maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat.

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Secara tepat dan mudah penggunaan komputer dan perisian untu mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.  

Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Teknologi maklumat tidak terhad kepada internet dan komputer sahaja tetapi melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.

Definisi Maklumat

Menurut Paisley dan Chen (1982) dipetik daripada Brown (1997) "Information can be defined both structurally and functionally. Structurally it is a system encoding a message so that it can be stored, retrieved, and manipulated and functionally it is something that alters a person's cognitive organisation". Oleh itu, maklumat boleh dikatakan sebagai sesuatu yang memberi kesan kepada seseorang berfikir. Ia terkandung di dalam mesej yang boleh disimpan, dicapai dan dimanipulasikan.

Definisi Komunikasi

Komunikasi pula dirujuk sebagai "The interchange of information and again may be viewed in terms of the structure of that structure of that interchange or its function in affecting people's understanding and knowledge. Information and communication are, therefore, inextricablylinked (Brown 1997). Daripada definisi tersebut, komunikasi boleh dirumuskan sebagai proses penukaran maklumat (interchanging information). Manakala teknologi komunikasi (CT) pula terdiri daripada perkakasan telekomunikasi yang digunakan untuk menyalur dan mengakses maklumat. Antara contoh perkakasan telekomunikasi ialah fiber optik, satelit dan telegraf. 

Perkataan telekomunikasi ini pula berasal daripada perkataan greek 'tele' yang bermaksud 'sangat jauh'. Ianya memerihalkan penghantaran maklumat dari jarak jauh tanpa mengubah kandungan maklumat tersebut.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi maklumat dan teknologi komunikasi. Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai teknologi yang digunakan oleh individu untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna, serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk teks, grafik, suara animasi dan maya. 

Teknologi komunikasi membolehkan individu atau kelompok individu bertukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan cepat dan dalam masa yang sama (synchronous) melalui rangkaian setempat atau global.