Friday, 14 December 2012

Kelemahan Penggunaan ICT dalam Pembelajaran Kanak-Kanak

Sumber sebenar - Little Vanilla Kids

  • Kanak-kanak akan duduk bermain permainan dalam komputer kerana ganjaran dan tawaran permainan tersebut, Oleh kerana kanak-kanak ada sifat ingin tahu yang tinggi dalam diri mereka maka mereka akan terusan bermain sehingga dapat mengetahui apakah yang berlaku pada penghujung permainan itu.Mereka boleh menjadi ketagih dengan permainan komputer. Jadi perkembangan mereka tidak akan berlaku dengan apa yang sepatutnya dicapai oleh kanak-kanak lain. Kecerdasan interpersonal mereka tidak akan berkembang kerana mereka hanya duduk bermain permaianan komputer.Mereka hanya memikirkan bagaimana mereka dapat menang dalam permainan tersebut sahaja daripada disudut sosio-emosi kanak-kanak itu mempunyai sifat pentingkan diri dan tidak ingin mengalah. Sifat itu bagus namun jika ia diaplikasikan dalam kehidupan mereka dalam semua situasi ia menjadi sesuatu yang tidak baik untuk mereka kerana ia memberi pengaruh yang negatif. Kanak-kanak tersebut sudah pasti akan hanya memikirkan kepentingan mereka sahaja dan tidak mahu mengalah. Jika ianya diadaptasi dalam kehidupan mereka sebagai contoh di tadika kanak-kanak seperti ini tidak akan berkongsi barang permainan mereka dan jika ada pertandingan mereka akan cuba mendominasi pertandingan tersebut dan akan mengalami kekecewaan yang teramat sekiranya mereka kalah dalam pertandingan itu.
  • Seterusnya ict juga memberi impak yang buruk kepada kanak-kanak sekiranya ianya tidak dicegah. Penggunaan internet tanpa kawalan boleh menyebabkan kanak-kanak dapat mengetahui perkara yang melangkaui batas umur mereka. Sebagai contoh bahan pornografi yang banyak tersebar didalam internet. Jika ia menaip kata kunci yang salah dan terbuka laman web yang tidak sepatutnya tiba-tiba laman web itu muncul kanak-kanak akan melihatnya kerana sudah fitrah semulajadi kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.Oleh sebab itulah kanak-kanak kini dapat mengetahui apa yang tidak sepatutnya mereka ketahui. Mereka akan meniru perkara-perkara negatif itu tanpa mengetahui bahawa perkara itu sebenarnya salah.
  • Kanak-kanak tidak akan dapat menonjolkan bakat mereka dan penguasaan mereka terhadap sesuatu perkara itu tidak dapat dinilai dan akan terbiar begitu sahaja. Deria rangsangan mereka tidak dapat dikembangkan kerana mereka tidak dapat mengetahui sesuatu yang sebenar. Misalnya, murid akan mengetahui sesuatu itu seperti epal dalam gambar sahaja tanpa mengalami sebenar pengalaman itu dengan merasakan bahawa epal itu sebenarnya bulat dan rasanya manis. Hal ini kerana kanak-kanak akan lebih mudah mengingati perkara dan belajar melalui pengalam mereka disekeliling.
  • Guru juga akan menjadi malas lebih-lebih lagi dengan adanya akses internet dan e-mail. Melalui e-mail mereka boleh menukar hasil kerja mereka dan penghasilan terhadap sesuatu perkara itu tidak menjadi produktif dan kreatif. Kaedah pengajaran akan menjadi stereotaip sahaja.Kanak-kanak tidak akan mendpat pembaharuan dalam pembelajaran mereka. Semua kanak-kanak akan belajar perkara yang sama dengan cara yang sama. Hal ini secara tidak langsung menjadikan kanak-kanak malas belajar dan cepat menjadi bosan dalam sesi pembelajaran.
  • Guru akan menjadi gelabah dan pengajaran tidak akan berlaku jika guru tersebut hanya bergantung sepenuhnya kepada penggunaan komputer. Jika komputer itu rosak dan mempunyai masalah guru tidak akan dapat mengajar dan menyebabkan kanak-kanak akan memenuhi aktiviti mereka dengan perkara yang tidak berfaedah. 
  • Dalam pembelajaran bahasa misalnya dengan penggunaan komputer mereka tidak akan dapat belajar menyebut dengan betul kerana mereka hanya mendengar sahaja perkataan itu daripada audio yang dimainkan oleh komputer. Artikulasi mereka akan menjadi kurang betul dan tidak tepat. Diksi yang keluar daripada komputer juga amatlah terhad kerana kanak-kanak tidak akan belajar lebih daripada apa yang telah disetkan oleh guru mereka sahaja dan mereka tidak dapat mengaplikasikan diksi itu dalam kehidupan mereka dengan betul kerana mereka tidak dapat mengetahui secara jelas penggunaan diksi tersebut. Maka tahap kemahiran berkomunikasi mereka akan menjadi sangat lemah. Mereka tidak akan dapat menggunakan frasa-frasa ayat yang sesuai kerana kelemahan mereka dalam aspek pemilihan diksi.

No comments:

Post a Comment