- Pemilihan Program dalam Internet
Masalah-masalah yang timbul
berkaitan dengan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
kebiasaannya berpunca dari cara pengendalian guru itu sendiri. Oleh itu,
terdapat banyak perkara yang perlu guru pertimbangkan iaitu guru
perlulah mempunyai kemahiran mengendali peralatan ICT seperti komputer
serta cara mengakses internet yang betul dan selamat. Guru juga haruslah
memastikan terdapat keperluan untuk mengguna ICT iaitu penggunaan ICT
dapat membantu murid memahami dan menguasai pengetahuan yang
dikehendaki. Setelah pasti benar-benar wujud keperluan, guru hendaklah
merancang penggunaan ICT bukan dibuat secara bidang terjun.
Pemilihan laman web juga penting untuk menentukan laman yang sesuai
dengan tahap umur kanak-kanak tersebut agar kesan negatif dapat
dielakkan. Masalah jenayah internet banyak disebut dalam bidang ini dan
banyak kaedah juga telah dibuat bagi membendung masalah ini. Sebagai
guru, adalah penting untuk bijak memilih perisian yang sesuai agar
masalah ini tidak merebak di kalangan kanak-kanak. Prof. Madya Mohd
Safar Hashim dari Jabatan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia,
berkata bahan pornografi boleh ditapis dan disekat daripada kanak-kanak
manakala mereka yang menyebar bahan berunsur fitnah dan khabar angin
yang menjejas ketenteraman awam boleh dikesan dan dikenakan tindakan
undang-undang (Berita Harian, March 1999).
- Perancangan yang Teratur
- Cadangan lain
Penggunaan teknologi dalam
pengajaran dan pembelajaran kini telah diiktiraf sebagai salah satu
pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas di samping pendekatan
''belajar melalui bermain'', ''bertema'', dan ''bersepadu''. Namun
begitu, pendekatan ICT dan penggunaan komputer masih belum mendapat
perhatian yang menggalakkan dan sebagai guru, kita perlu berusaha untuk
mengambil kesempatan ini untuk mempertingkatkan lagi pendekatan ini
supaya kanak-kanak akan mendapat manfaat yang maksimum daripadanya.
Sebagai seorang guru haruslah peka kepada kemajuan dan pemodenan global.
Oleh itu mereka seharusnya tidak membiarkan murid-murid ketinggalan
dalam arus pemodenan dan komputer merupakan satu komponen yang penting
dalam memastikan mereka tidak ketinggalan dengan semua itu dan perlu
diwujudkan di kelas tadika atau prasekolah. Walaupun aktiviti-aktiviti
lain yang membina dan bermakna seperti seni, main air, main pasir, muzik
dan gerakan, penerokaan di luar, main peranan dan aktiviti bahasa dan
literasi merupakan perkara penting dalam membangukan perkembangan JERIS
kanak-kanak namun ICT juga harus dimasukkan agar dapa diintegrasikan
dengan komponen-komponen tersebut agar dapat saling melengkapi. ICT
perlu diperkenalkan di peringkat tadika atau prasekolah lagi dan
digunakan dengan luas agar di peringkat yang tinggi, mereka tidak akan
menghadapi masalah besar semasa mempelajarinya.
Guru bertanggungjawab dalam
mengintegrasikan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan perisisan yang bersesuaian dengan
perkembangan kanak-kanak. Guru perlu kreatif dan bijak dalam memilih
bahan ICT yang digunakan dalam p&p. Guru boleh menggunakan ''freeware'' yang developmentally appropriate untuk
melengkapi aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan menjadikan
pengalaman belajar kanak-kanak lebih seronok dan bermakna lagi.
No comments:
Post a Comment