Penggunaan komputer sebagai alat
rangsangan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas adalah
suatu inovasi baru dalam pendidikan awal kanak-kanak. Penggunaan
komputer dalam proses P&P juga sememangnya menjadi salah satu agenda
penting dalam sistem pendidikan kini bagi melahirkan generasi celik
komputer. Melalui komputer kanak-kanak
mendapat pelbagai pengalaman dengan meneroka dan belajar melalui
pelbagai perisian yang terdapat di pasaran masa kini. Di samping
itu, pembelajaran berbantu komputer dapat memenuhi keperluan kanak-kanak
yang mempunyai stail pembelajaran dan kemahuan tersendiri.
Melalui penggunaan komputer,
kanak-kanak diberi kebebasan membuat pilihan daripada segi jenis tahap
pembelajaran yang mereka ingin ikuti. Mereka juga dapat meneruskan
pembelajaran dengan lebih lanjut dan mendalam, bergantung pada reaksi
mereka kepada sesuatu perisisan komputer. Sepanjang proses pembelajaran
berbantu komputer, kanak-kanak dibenarkan belajar dalam suasana yang
selesa, tanpa rasa malu dan bersalah. Kajian Clements (1987) serta Hough
dan Elis (1997) menunjukkan bahawa melalui penggunaan komputer,
kanak-kanak dapat:
- Menulis dan menghasilkan sesuatu yang kreatif
- Mengurangkan kebimbingan apabila melakukan kesilapan
- Kepuasan dan keyakinan dengan tulisan mereka kerana teks mereka kelihatan lebih baik
- Mengurangkan masalah menulis atas sebab kawalan motor
- Kemudahan untuk menyemak hasil kerja mereka
- Meneruskan sesuatu kerja kerana mereka tahu bahawa mereka akan diberitahu cara untuk meneruskan kerja
No comments:
Post a Comment