Sumber sebenar - Little Vanilla Kids
Objektif pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dapat memenuhi aspek-aspek perkembangan berikut ;
Perkembangan Sosioemosi
- Memupuk semangat kerjasama apabila aktiviti dijalankan secara berpasangan atau berkumpulan
- Memupuk sifat tanggungjawab pada tugas yang diberi
- Berasa seronok dan bangga dengan hasil kerja yang dilakukan
Perkembangan Kognitif
- Mengenal pasti dan mengasingkan objek mengikut ciri-ciri seperti warna, bentuk dan saiz melalui program pengasingan
- Menyusun dan mengatur mengikut saiz dan corak
- Membentuk kemahiran awal bacaan seperti mengaitkan label perkataan dengan gambar
- Memahami kesan dan akibat seperti, apa akan terjadi apabila kekunci ditekan dan maklum balas yang berlaku sepanjang program
- Memperluas kreativiti seperti menjalankan program yang menggalakkan penerokaan ataupun program membentuk grafik yang mudah
Perkembangan Fizikal
- Membentuk kemahiran motor halus kanak-kanak melalui aktiviti memasukkan cakera ataupun disket ke dalam pemacu ataupun menekan butang tetikus dan menggunakan papan kekunci
- Meningkatkan koordinasi mata dan tangan apabila kanak-kanak membawa kursor ke tempat yang dipilih di atas skrin
- Membaiki kemahiran penglihatan apabila kanak-kanak mengesan pergerakan kursor di atas skrin
No comments:
Post a Comment