Perisian komputer menjadikan hardware berguna. Arahan dalam
program membolehkan pengguna bermain permainan, menaip cerita, mencipta
kreativiti dan membuat muzik. Terdapat pelbagai perisian untuk
merangsang perkembangan kanak-kanak :
1. Perisian berunsur pendidikan (educational software)
- Perisian yang memberi peluang untuk kanak-kanak mendapat pengetahuan dan mengukuhkan pengetahuannya melalui ulangan dan latihan
- Perisian yang berciri tutorial, memberi pemahaman mendalam serta penguasaan maklumat dalam satu bidang atau mata pelajaran.
Perisian jenis ini dapat memenuhi perkembangan yang hendak dicapai
daripada semua peringkat umur bermula daripada kanak-kanak prasekolah
hinggalah ke peringkat poengajian tinggi. Contoh perisian yang sesuai
dengan kanak-kanak prasekolah bagi meningkatkan pemahaman terhadap
matematik antaranya adalah Let's learn shape and color with Prof. Rom; Hello Kitty, Fisher Price Ready to Preschool, Math Studio Station dan lain-lain.
2. Perisian berbentuk rujukan, seperti encarta yang memberi maklumat, mengikut keperluan dan minat membaca kanak-kanak.
3. Perisian untuk menulis, melukis dan membentuk bunyi ataupun muzik boleh digunakan oleh kanak-kanak untuk mencatat idea dan melengkapkan hasil kerja mereka.
4. Perisian berbentuk permainan untuk pilihan kanak-kanak :
- permainan bergerak atau action games seperti Harry Potter dan Herc's Adventure berasaskan watak yang digemari oleh kanak-kanak digunakan bagi menggalakkan penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti komputer
- permainan arcade seperti permainan pin ball ataupun brick yang dapat meningkatkan kawalan motor iaitu koordinasi mata dengan jari ketika menggunakan joystick, tetikus, ataupun papan kekunci.
- permainan simulasi seperti Sim City, Sim Island, Theme Hospital, Black and White yang menggambarkan keadaan apabila terjadi sesuatu, misalnya apa yang akan berlaku sekiranya terdapat terlalu ramai penduduk dalam satu bandar dalam permainan Sim City ataupun kesan buruk daripada kelakuan 'jahat' dalam Black and White.
- permainan adventure seperti Dr Brain dan King's Quest yang melatih kebolehan kanak-kanak membayang dan menyelesaikan sesuatu masalah
- permainan puzzle ataupun board seperti permainan kad ataupun catur yang dapat digunakan bagi meningkatkan ingatan kanak-kanak melalui mencari pasangan kad
- permainan berperanan, RPG atau role play games seperti Baldur's Gate memberi kanak-kanak peluang untuk membayangkan fikiran dan tindak balas orang lain. Permainan ini dapat mengembangkan perspektif dan nilai kanak-kanak dengan membezakan antara pandangan sendiri dengan pandangan orang lain dan membezakan sesuatu tingkah laku yang membawa kepada kesan yang baik atau jahat.
- permainan strategi seperti Age of Wonders, Warcraft dapat digunakan untuk meningkatkan kemahiran berfikir, merancang dan membuat keputusan.
Bagi mengelakkan daripada memilih perisian yang tidak sesuai ataupun membosankan, Computer Learning Foundation (1992) mencadangkan supaya kanak-kanak dibenarkan memilih perisian sendiri. Apabila diberi kebebasan, mereka lebih cenderung memilih perisian yang sesuai dengan kebolehan, umur dan minat mereka. Setiap kanak-kanak berbeza, daripada segi minat dan tahap perkembangan. Kanak-kanak yang aktif akan memilih perisian yang berbentuk permainan bergerak ataupun arcade. Mereka yang suka berfikir akan memilih perisian yang berbentuk permainan peranan atau strategi. Sesetengah kanak-kanak suka perisian yang memberi peluang melatih kemahiran mereka. Sesetengah
kanak-kanak lebih berminat memerhati penggunaan perisian dalam bentuk
demonstrasi atau tutorial sebelum mereka bersedia menggunakannya. Perisian pilihan sendiri dapat menggalakkan kanak-kanak menggunakan sepenuhnya, di samping memperkembangkan kemahiran dan pengetahuan mereka melalui pembelajaran berbantu komputer.
No comments:
Post a Comment