Saturday, 29 December 2012

Penyelesaian Isu Penggunaan ICT

Sumber sebenar - Little Vanilla Kids
  • Pemilihan Program dalam Internet

Masalah-masalah yang timbul berkaitan dengan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran kebiasaannya berpunca dari cara pengendalian guru itu sendiri. Oleh itu, terdapat banyak perkara yang perlu guru pertimbangkan iaitu guru perlulah mempunyai kemahiran mengendali peralatan ICT seperti komputer serta cara mengakses internet yang betul dan selamat. Guru juga haruslah memastikan terdapat keperluan untuk mengguna ICT iaitu penggunaan ICT dapat membantu murid memahami dan menguasai pengetahuan yang dikehendaki. Setelah pasti benar-benar wujud keperluan, guru hendaklah merancang penggunaan ICT bukan dibuat secara bidang terjun.

Pemilihan laman web juga penting untuk menentukan laman yang sesuai dengan tahap umur kanak-kanak tersebut agar kesan negatif dapat dielakkan. Masalah jenayah internet banyak disebut dalam bidang ini dan banyak kaedah juga telah dibuat bagi membendung masalah ini. Sebagai guru, adalah penting untuk bijak memilih perisian yang sesuai agar masalah ini tidak merebak di kalangan kanak-kanak. Prof. Madya Mohd Safar Hashim dari Jabatan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, berkata bahan pornografi boleh ditapis dan disekat daripada kanak-kanak manakala mereka yang menyebar bahan berunsur fitnah dan khabar angin yang menjejas ketenteraman awam boleh dikesan dan dikenakan tindakan undang-undang (Berita Harian, March 1999).
  • Perancangan yang Teratur
Antara perancangan yang perlu dibuat adalah dari segi lokasi peralatan ICT sama ada di dalam kelas atau di luar kelas. Ini akan memastikan guru mampu atau tidak untuk menyelia dan memastikan tiada masalah semasa murid menjalankan aktiviti. Selain itu, guru harus menentukan sama ada penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan atau individu serta waktu penggunaan sama ada penggunaan di dalam atau di luar waktu persekolahan. Guru juga perlu membuat penilaian terhadap bahan ICT seperti komputer dan perisian yang digunakan oleh kanak-kanak. Guru hendaklah menyediakan aktiviti yang menyeronokkan dan mampu menarik perhatian dan minat kanak-kanak pada penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan produk software untuk kanak-kanak menumpukan dalam mencari yang paling seronok sambil belajar kemahiran asas (Doris Bergen, 2001) 
  • Cadangan lain
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran kini telah diiktiraf sebagai salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas di samping pendekatan ''belajar melalui bermain'', ''bertema'', dan ''bersepadu''. Namun begitu, pendekatan ICT dan penggunaan komputer masih belum mendapat perhatian yang menggalakkan dan sebagai guru, kita perlu berusaha untuk mengambil kesempatan ini untuk mempertingkatkan lagi pendekatan ini supaya kanak-kanak akan mendapat manfaat yang maksimum daripadanya. 
Sebagai seorang guru haruslah peka kepada kemajuan dan pemodenan global. Oleh itu mereka seharusnya tidak membiarkan murid-murid ketinggalan dalam arus pemodenan dan komputer merupakan satu komponen yang penting dalam memastikan mereka tidak ketinggalan dengan semua itu dan perlu diwujudkan di kelas tadika atau prasekolah. Walaupun aktiviti-aktiviti lain yang membina dan bermakna seperti seni, main air, main pasir, muzik dan gerakan, penerokaan di luar, main peranan dan aktiviti bahasa dan literasi merupakan perkara penting dalam membangukan perkembangan JERIS kanak-kanak namun ICT juga harus dimasukkan agar dapa diintegrasikan dengan komponen-komponen tersebut agar dapat saling melengkapi. ICT perlu diperkenalkan di peringkat tadika atau prasekolah lagi dan digunakan dengan luas agar di peringkat yang tinggi, mereka tidak akan menghadapi masalah besar semasa mempelajarinya.
Guru bertanggungjawab dalam mengintegrasikan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan perisisan yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak. Guru perlu kreatif dan bijak dalam memilih bahan ICT yang digunakan dalam p&p. Guru boleh menggunakan ''freeware'' yang developmentally appropriate untuk melengkapi aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan menjadikan pengalaman belajar kanak-kanak lebih seronok dan bermakna lagi.

Friday, 14 December 2012

Kelemahan Penggunaan ICT dalam Pembelajaran Kanak-Kanak

Sumber sebenar - Little Vanilla Kids

  • Kanak-kanak akan duduk bermain permainan dalam komputer kerana ganjaran dan tawaran permainan tersebut, Oleh kerana kanak-kanak ada sifat ingin tahu yang tinggi dalam diri mereka maka mereka akan terusan bermain sehingga dapat mengetahui apakah yang berlaku pada penghujung permainan itu.Mereka boleh menjadi ketagih dengan permainan komputer. Jadi perkembangan mereka tidak akan berlaku dengan apa yang sepatutnya dicapai oleh kanak-kanak lain. Kecerdasan interpersonal mereka tidak akan berkembang kerana mereka hanya duduk bermain permaianan komputer.Mereka hanya memikirkan bagaimana mereka dapat menang dalam permainan tersebut sahaja daripada disudut sosio-emosi kanak-kanak itu mempunyai sifat pentingkan diri dan tidak ingin mengalah. Sifat itu bagus namun jika ia diaplikasikan dalam kehidupan mereka dalam semua situasi ia menjadi sesuatu yang tidak baik untuk mereka kerana ia memberi pengaruh yang negatif. Kanak-kanak tersebut sudah pasti akan hanya memikirkan kepentingan mereka sahaja dan tidak mahu mengalah. Jika ianya diadaptasi dalam kehidupan mereka sebagai contoh di tadika kanak-kanak seperti ini tidak akan berkongsi barang permainan mereka dan jika ada pertandingan mereka akan cuba mendominasi pertandingan tersebut dan akan mengalami kekecewaan yang teramat sekiranya mereka kalah dalam pertandingan itu.
  • Seterusnya ict juga memberi impak yang buruk kepada kanak-kanak sekiranya ianya tidak dicegah. Penggunaan internet tanpa kawalan boleh menyebabkan kanak-kanak dapat mengetahui perkara yang melangkaui batas umur mereka. Sebagai contoh bahan pornografi yang banyak tersebar didalam internet. Jika ia menaip kata kunci yang salah dan terbuka laman web yang tidak sepatutnya tiba-tiba laman web itu muncul kanak-kanak akan melihatnya kerana sudah fitrah semulajadi kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.Oleh sebab itulah kanak-kanak kini dapat mengetahui apa yang tidak sepatutnya mereka ketahui. Mereka akan meniru perkara-perkara negatif itu tanpa mengetahui bahawa perkara itu sebenarnya salah.
  • Kanak-kanak tidak akan dapat menonjolkan bakat mereka dan penguasaan mereka terhadap sesuatu perkara itu tidak dapat dinilai dan akan terbiar begitu sahaja. Deria rangsangan mereka tidak dapat dikembangkan kerana mereka tidak dapat mengetahui sesuatu yang sebenar. Misalnya, murid akan mengetahui sesuatu itu seperti epal dalam gambar sahaja tanpa mengalami sebenar pengalaman itu dengan merasakan bahawa epal itu sebenarnya bulat dan rasanya manis. Hal ini kerana kanak-kanak akan lebih mudah mengingati perkara dan belajar melalui pengalam mereka disekeliling.
  • Guru juga akan menjadi malas lebih-lebih lagi dengan adanya akses internet dan e-mail. Melalui e-mail mereka boleh menukar hasil kerja mereka dan penghasilan terhadap sesuatu perkara itu tidak menjadi produktif dan kreatif. Kaedah pengajaran akan menjadi stereotaip sahaja.Kanak-kanak tidak akan mendpat pembaharuan dalam pembelajaran mereka. Semua kanak-kanak akan belajar perkara yang sama dengan cara yang sama. Hal ini secara tidak langsung menjadikan kanak-kanak malas belajar dan cepat menjadi bosan dalam sesi pembelajaran.
  • Guru akan menjadi gelabah dan pengajaran tidak akan berlaku jika guru tersebut hanya bergantung sepenuhnya kepada penggunaan komputer. Jika komputer itu rosak dan mempunyai masalah guru tidak akan dapat mengajar dan menyebabkan kanak-kanak akan memenuhi aktiviti mereka dengan perkara yang tidak berfaedah. 
  • Dalam pembelajaran bahasa misalnya dengan penggunaan komputer mereka tidak akan dapat belajar menyebut dengan betul kerana mereka hanya mendengar sahaja perkataan itu daripada audio yang dimainkan oleh komputer. Artikulasi mereka akan menjadi kurang betul dan tidak tepat. Diksi yang keluar daripada komputer juga amatlah terhad kerana kanak-kanak tidak akan belajar lebih daripada apa yang telah disetkan oleh guru mereka sahaja dan mereka tidak dapat mengaplikasikan diksi itu dalam kehidupan mereka dengan betul kerana mereka tidak dapat mengetahui secara jelas penggunaan diksi tersebut. Maka tahap kemahiran berkomunikasi mereka akan menjadi sangat lemah. Mereka tidak akan dapat menggunakan frasa-frasa ayat yang sesuai kerana kelemahan mereka dalam aspek pemilihan diksi.

Sunday, 9 December 2012

Article - Working Together: Students with Disabilities and Computer Technology

 
Students with disabilities meet barriers of all types. However, technology is helping to lower many of these barriers. By using computing technology for tasks such as reading and writing documents, communicating with others, and searching for information on the Internet, students with disabilities are capable of handling a wider range of activities independently. Still, people with disabilities face a variety of barriers to computer use. These barriers can be grouped into three functional categories: barriers to providing computer input, interpreting output, and reading supporting documentation. Hardware and software tools (known as adaptive or assistive technologies) have been developed to provide functional alternatives to these standard operations. Specific products, and approaches to using them, are described below. 

Sunday, 2 December 2012

Android - Aplikasi Mengenal My123

Salam,

Alhamdulillah, cikgu telah berjaya menyiapkan aplikasi kedua selepas aplikasi Mengenal ABC sebelum ini.

Aplikasi 123 ini cikgu buat dimana hanya menggunakan satu skrin sahaja dengan matlamat anak-anak kecil dapat belajar mengenal bentuk dan bunyi sebutan huruf 123.

Boleh didownload di link berikut:(Saiz 3mb) Download Aplikasi My123

Cara Install.
  1. Mesti ada peralatan android.
  2. Download di link diatas ke dalam peralatan.
  3. Klik fail yamg telah didownload untuk install.

Cara Penggunaan.
  1. Run ikon My123
  2. Hanya klik imej 0 hingga 9 yang dipaparkan untuk dengar bunyi sebutan.

Bagaimana aplikasi dibangunkan?
  1. Audio - Record dan Edit via CoolEdit. (Guna suara Cikgu sendiri tau!).
  2. Aplikasi - Reka aplikasi via MIT App.
  3. Download Link - Upload dan share via DropBox

Komen dan pendapat adalah digalakkan.
Boleh post komen disini atau hantar emel ke emel cikgu di mayashahliza[at]gmail[dot]com


Friday, 9 November 2012

Android - Aplikasi Mengenal ABC

Salam,

Alhamdulillah, cikgu telah berjaya menyiapkan aplikasi pertama seperti ynag telah dinyatakan di dalam post Aplikasi Pertama sebelum ini.

Aplikasi ABC ini cikgu buat dimana hanya menggunakan satu skrin sahaja dengan matlamat anak-anak kecil dapat belajar mengenal bentuk dan bunyi sebutan huruf ABC.

Boleh didownload di link berikut:(Saiz 4mb) Download Aplikasi ABC

Cara Install.
  1. Mesti ada peralatan android.
  2. Download di link diatas ke dalam peralatan.
  3. Klik fail yamg telah didownload untuk install.

Cara Penggunaan.
  1. Run ikon ABC
  2. Hanya klik imej A hingga Z yang dipaparkan untuk dengar bunyi sebutan.

Bagaimana aplikasi dibangunkan?
  1. Imej ABC - Carian google dan edit via Irfanview
  2. Audio - Record dan Edit via CoolEdit. (Guna suara Cikgu sendiri tau!).
  3. Aplikasi - Reka aplikasi via MIT App.
  4. Download Link - Upload dan share via DropBox

Komen dan pendapat adalah digalakkan.
Boleh post komen disini atau hantar emel ke emel cikgu di mayashahliza[at]gmail[dot]com
 


Wednesday, 10 October 2012

Sumber Rujukan - ePKhas

Salam,


Boleh diakses di link http://epkhas.ses.usm.my.


nota cikgu : bercita-cita untuk mempunyai sebuah blog yang seakan laman ePKhas yang akan menjadi rujukan dan panduan kepada para rakan guru dan orang awam berkaitan multimedia dalam pendidikan. Mohon doakan cikgu ya!

Tuesday, 25 September 2012

Aplikasi (ICT) dalam Pendidikan

Salam.

Anak-anak tidak akan dapat kita elakkan daripada meminati permainan di dalam talian.

Tambahan lagi pada masa sekarang ini internet dan komputer dimiliki oleh semua rumah di Malaysia (hampir).

Oleh itu, pada ruangan "ICT/Multimedia & Pendidikan", cikgu akan letakkan link berkaitan permainan & bahan-bahan yang akan menjadi serampang 2 mata kepada kita dalam memberikan anak-anak sebuah hiburan yang bermanfaat.
Malah yang paling best, hampir kesemuanya percuma.


nota cikgu : cikgu suka layari link-link tersebut untuk dapatkan idea & teknik untuk diaplikasikan dalam P&P di sekolah.

Friday, 14 September 2012

Kepentingan Penggunaan ICT dalam Pembelejaran Kanak-Kanak

Sumber sebenar - Little Vanilla Kids
  • Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana ia membantu guru untuk mendapatkan bahan pengajaran dan guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. 

  • Proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

  • Mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. 

  • Melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan murid akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi.

  • Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid  yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak semua murid mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru. Walaupun terdapat murid yang agak lemah di dalam kelas, namun mereka juga boleh belajar dan menggunakan komputer di kelas. 

  • Penggunaan peralatan seperti ICT amat penting dalam membantu murid untuk menjelajah dunia internet dan melalui internet, mereka dapat membuat banyak aktiviti yang melibatkan perkembangan kognitif kanak-kanak yang mendorong mereka terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran

  • ICT boleh digunakan untuk pengayaan bagi murid yang agak cerdik berbanding dengan rakan-rakan lain supaya mereka tidak berasa bosan dalam kelas dengan memberikan mereka aktiviti yang lebih mencabar minda

  • ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar. Aktiviti yang berkaitan dengan masa depan juga boleh dibuat serta aktiviti yang berbentuk simulasi.

  • Mereka dapat membuat projek kelas menggunakan komputer dengan bantuan internet. Contohnya, di negara barat, kanak-kanak berumur empat tahun berpeluang untuk melayari laman web sekolah mereka dan memasukkan gambar mereka. Selain itu, mereka juga boleh memasukkan suara mereka sekali.

  • Membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa serta juga dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi mereka

  • Mampu membantu kanak-kanak untuk berinteraksi dengan kanak-kanak dari luar negara serta memperoleh maklumat dari seluruh dunia dan ini meningkatkan lagi kepentingannya. Oleh itu, guru harus mengambil tanggungjawab untuk meningkatkan potensi dan kecekapan kanak-kanak dalam penggunaan ICT dan melibatkan kanak-kanak dengan pelbagai pengalaman pembelajaran yang positif yang baru

Friday, 17 August 2012

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Sumber sebenar - Little Vanilla Kids
 
1.  Apa Maksud 'Penggunaan ICT dalam P&P'?
  • menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P.

2.  Apa Maksud ICT untuk Pembelajaran Penerokaan?
     Penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan apabila ICT digunakan sebagai medium untuk :
  • mencari dan mengakses maklumat daripada CD ROM, internet, portal maklumat dan lain-lain
  • mengalami, mempelajari, dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi
  • melihat demonsttrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid.
Dalam pembelajaran penerokaan, murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui  ICT. Ini berbeza dengan pembelajaran totorial di mana murid hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem.
3.  Apa Maksud ICT sebagai Alat Aplikasi?
     
    ICT dikatakan diguna sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan 
    pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat p&p. Contohnya penggunaan perisisan
    aplikasi umum seperti pemproses perkataan oleh murid dalam menghasilkan karangan atau penggunaan
    perisian hamparan elektonik untuk memplot graf. Perisian aplikasi khusus seperti editor grafik, Computer
    Aided Design (CAD) dan lain-lain juga termasuk dalam kategori alat aplikasi yang boleh digunakan untuk
    membantu murid melaksanakan aktiviti pembelajaran.
4.  Apa Maksud ICT sebagai Alat Pemudah Komunikasi?

   ICT dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila diguna untuk memboleh murid dan guru daripada
   lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk. Kemajuan ICT
   pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti berikut : 
  • teks
  • grafik
  • audio
  • video
  • kombinasi pelbagai mod

Monday, 2 July 2012

Aplikasi Pertama

Salam.

Setelah dipelajari serba sedikit cara penggunaan MIT App Inventor seperti yang dinyatakan sebelum ini, cikgu telah meletakkan target untuk membangunkan beberapa aplikasi ringkas seperti berikut:
  1. Mengenal ABC
  2. Mengenal 123
  3. Mengenal Alif Ba Ta

nota cikgu : Doakan moga hasrat cikgu tercapai dan moga aplikasi tersebut boleh cikgu kongsikan secara percuma dengan pembaca. InsyaAllah.

Friday, 22 June 2012

Apa itu ICT?

Sumber sebenar - Little Vanilla Kids


Definisi ICT

ICT merupakan akronim atau singkatan daripada perkataan 'Information and Communication Technology' yang bermaksud Teknologi Komuniksi Maklumat. Teknologi Maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat.

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Secara tepat dan mudah penggunaan komputer dan perisian untu mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.  

Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Teknologi maklumat tidak terhad kepada internet dan komputer sahaja tetapi melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.

Definisi Maklumat

Menurut Paisley dan Chen (1982) dipetik daripada Brown (1997) "Information can be defined both structurally and functionally. Structurally it is a system encoding a message so that it can be stored, retrieved, and manipulated and functionally it is something that alters a person's cognitive organisation". Oleh itu, maklumat boleh dikatakan sebagai sesuatu yang memberi kesan kepada seseorang berfikir. Ia terkandung di dalam mesej yang boleh disimpan, dicapai dan dimanipulasikan.

Definisi Komunikasi

Komunikasi pula dirujuk sebagai "The interchange of information and again may be viewed in terms of the structure of that structure of that interchange or its function in affecting people's understanding and knowledge. Information and communication are, therefore, inextricablylinked (Brown 1997). Daripada definisi tersebut, komunikasi boleh dirumuskan sebagai proses penukaran maklumat (interchanging information). Manakala teknologi komunikasi (CT) pula terdiri daripada perkakasan telekomunikasi yang digunakan untuk menyalur dan mengakses maklumat. Antara contoh perkakasan telekomunikasi ialah fiber optik, satelit dan telegraf. 

Perkataan telekomunikasi ini pula berasal daripada perkataan greek 'tele' yang bermaksud 'sangat jauh'. Ianya memerihalkan penghantaran maklumat dari jarak jauh tanpa mengubah kandungan maklumat tersebut.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi maklumat dan teknologi komunikasi. Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai teknologi yang digunakan oleh individu untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna, serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk teks, grafik, suara animasi dan maya. 

Teknologi komunikasi membolehkan individu atau kelompok individu bertukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan cepat dan dalam masa yang sama (synchronous) melalui rangkaian setempat atau global.

Friday, 15 June 2012

Tutorial Android - MIT App

Salam

Beberapa link berkaitan tutorial membangunkan aplikasi android

  1. http://appinventor.mit.edu/explore/tutorials.html
  2. http://puravidaapps.com/tutorials.php

nota cikgu : Link akan ditambah lagi bila-bila mana cikgu jumpa yg dirasakan sesuai dikongsi bersama.

Monday, 4 June 2012

Bangunkan Aplikasi Android Semudah ABC?

Salam.

Cikgu hendak kongsikan dengan pembaca tentang satu laman sesawang yang menyediakan kepada kita kemudahan untuk membangunkan aplikasi android dengan cepat dan mudah (InsyaAllah).

Boleh dicapai di http://appinventor.mit.edu/

nota cikgu: Selepas ini cikgu akan belajar menggunakan kemudahan ini untuk cuba membangunkan beberapa aplikasi untuk anak-anak.